Kursus ini
merangkumi empat bahagian, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran
membuat rujukan dan kemahiran penulisan akademik. Melalui kursus ini pelajar
berpeluang mengembang sertamemperkukuhkan kemahiran belajar dan kemahiran
berfikir.Selain itu, kursus ini diharap dapat membantu pelajar memgaplikasikan
kemahiran membuat rujukan untuk membolehkan mereka mencari maklumat yang sesuai
dan relevan kepada penulisan. Penulisan akademik pula melengkapkan
kemahiran-kemahiran tersebut supaya pelajar mampu menghasilkan penulisan
mengikut format dan konvensyen penulisan
ilmiah.
Hasil Pembelajaran
1.
Mengaplikasikan
kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran membuat rujukan dan penulisan
akademik.
2.
Mengaplikasikan
alat-alat berfikir semasa membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah
dalam situasi semasa.
3.
Menggunakan
bahasa formal dan struktur penulisan formal dalam penulisan akademik.
4.
Menganalisis
isu-isu etika dalam penulisan.
5.
Mengaplikasikan
format membuat pelaporan dengan betul.
No comments:
Post a Comment